
0
Kenangan sehari di Bandaraya Islam Kota Bharu mungkin sukar dilupakan oleh warga 14 Sungai Lempong....Apa tidaknya...ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu dan yang pasti bila tahun pulak la nak sampai pulak. Rombongan bertolak jam 4.00 pagi Khamis 17 Disember dan sampai kira-kira jam 11.00 pagi. Anak-anak dah mengeluh kerana hampir 5 jam di dalam kenderaan. Alhamdulillah...meskipun cuaca agak kurang baik tetapi lawatan tetap berjalan dengan baik. Rombongan menginap di kondo Pelangi Mall yang terletak berhampiran dengan masjid. Rombongan turut melawat masjid dan rumah Tok Guru YB Menteri Besar Kelantan. Rombongan pulang pada hari Jumaat petang dalam hujan yang teramat lebat dan Alhamdulillah selamat sampai ke 14 Sungai lempong pada jam 12.00 malam dengan tergelak besar kerana tiada di antara ahli rombongan yang membeli 'keropok lekor' yang menjadi mercu tanda pantai timur....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat ke Bandaraya Islam KB lagi...
No comments:
Post a Comment