
6 Disember merupakan antara tarikh penting 14 Sungai Lempong. Walimatul'urus menyambut menantu baru 'Paksu En' dan 'Maksu Yah' bilamana Pakteh Faizal Aziz telah diijab kabulkan dengan Makteh Nurul. Sebagai tanda kesyukuran seekor lembu tumbang menjadi aqiqah beberapa warga 14 Sungai Lempong. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan izin Allah. Ramai tetamu, sanak saudara dan 'kulaan' yang hadir. Para tetamu mungkin sukar untuk melupakan juadah istimewa yang disediakan. Nasi putih, sup tulang, daging rebus, air asam, sambal belacan, ulam-ulaman, kerabu perut, masak lemak nanas dengan ikan masin, ikan masin goreng dan masak lemak labu...wahhh...banyaknya. Yang lebih penting majlis berjalan dengan baik...Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Pakteh dan Makteh.
No comments:
Post a Comment