RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
;

Sunday, November 29, 2009

SALAM SARAWAK

Wah.... bukan main bergaya Isamuddin beraya di Sarawak...bila la kita semua nak pi sana.

Saturday, November 28, 2009

Aidil Adha 2009


Sambutan hari raya haji di 14 Sungai Lempong tetap meninggalkan nostalgia di hati setiap warganya. Namun begitu sedikit kekurangan tanpa kehadiran Angah sekeluarga dan MakJang yang terpaksa berhari raya di KL. Acara tahunan macam biasa bermula dengan majlis takbir raya dan bacaan yasin serta doa selamat di malam hari raya. Keluarga Alang juga ketika itu belum sampai. Mulanya dimaklumkan PakLang sekeluarga hanya berhari raya di Perlis namun tiba-tiba malam hari raya pertama muncul di 14 Sungai lempong...itulah kelebihan dan daya tarikan 14 Sungai Lempong. PakJang sampai pada pagi hari raya sendirian...Pada hari raya Pakteh dan isteri datang selepas solat hari raya. Tunang PakNdak turut sama memeriahkan hari raya di sini. Pada hari raya ke dua sempat sempat juga memanggang daging korban resepi MakLong...puhhh...berasapppp...kerang bakarpun ada. Pada hari Ahad masing-masing berkemas un tuk pulang...semoga jumpa lagi 6 November kenduri PakTeh...jangan lupaaaa....

Tuesday, November 24, 2009

Sunday, November 22, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Hari ini 22 November 2009 merupakan kenduri kahwin PakTeh dan Makteh di SungaiMalau. Sungguh meriah walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai tetapi rahmat dan makanan yang dihidangkan sungguh lazat...Selamat pengantin baru semoga kekal bahagia dalam peliharaan ALLAH sehingga ke akhir hayat. pss...gambar kurang baik kerana kamera blogger masuk air...heh..heh..

SELAMAT HARI LAHIR



Selamat hari lahir kepada TokWan dan MakLang.
Kami semua-semua mendoakan TokWan dan MakLang seiisi keluarga sentiasa dalam peliharaan ALLAH...amin.

Saturday, November 14, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU






12 November 2009 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup PakTeh Faizal Aziz dan Makteh Nurul. Mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 4.00 petang hari Jumaat di kediaman keluarga MakTeh di Sungai Malau. Kami keluarga 14 Sungai Lempong mengucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia kekal sehingga ke akhir hayat. Kendurinya pada 22.11.2009 di sebelah MakTeh dan 06.12.2009 di 14 Sungai Lempong. Tahniah juga buat bonda dan ayahanda ke dua belah pihak atas kehadiran menantu yang baru....Tahniah. ( proses memasukkan gambar2 dan video pernikahan sedang dilakukan...lambat sikit...masalah PC dan tua...heh...)

CUCU MAK TOK

POTONG...POTONG

SEHARI DI BANDARAYA ISLAM

AROH SUNGAI LEMPONG