RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
;

Wednesday, December 30, 2009

CUCU


Hari ini 30 Disember 2009, seorang lagi cucu TokWan berjaya melanjutkan pelajarannya ke Tahun 1 di sebuah institusi pengajian ( sekolah rendah laaa.... ). Fatin Rabi'atu 'Adawiyah yang lebih dikenali dengan panggilan 'Atin' mendaftar sekolah untuk ke Tahun 1 pada tahun 2010 di SK Teluk Medan, Bagan Serai.

Saturday, December 26, 2009

NAZRAN BERKHATAN







Pada hari Selasa 22 Disember 2009 tepat jam 7.25am Muhammad Nazran telah memasuki bilik berkhatan di Kedah Medical Centre. Proses berkhatan mengambil masa selama 20 minit. Dengan linangan air mata tanpa bunyi, Doktor Mohamad telah menyiapkan kerjanya jam 8.05 am. Ayat pertama keluar dari mulutnya setalah selesai "abah...tak sakit pun". Alhamdulillah......

Tuesday, December 22, 2009

POTONG...POTONG lagi...


Kuala Kedah, Selasa 22 Disember 2009...seorang lagi cucu TokWan telah selamat disunatkan pada jam 7.30 pagi. Muhammad Nadzran b. Rashid dikhatankan di sebuah klinik di Alor Setar semalam. Pada petangnya keluarga Muhammad Nadzran telah mengadakan kenduri doa selamat...Tahniah Muhammad Nadzran...Muhammad Aqhil bila pulakkk???

Monday, December 21, 2009

POTONG...POTONG

Po...tong, potong, potong, po...tong...Alhamdulillah hari ini Isnin 21 Disember 2009 hari yang bersejarah Muhammad Hafizd dan Muhammad 'Izzuddin selamt disunatkan di Pusat Kesihatan Kecil Bagan Serai...esok khabarnya Nazran pulak...InsyaALLAH tak de apelah....Tahniah.

Sunday, December 20, 2009

NOSTALGIA PULAU MELAKA

SEHARI DI BANDARAYA ISLAM


0
Kenangan sehari di Bandaraya Islam Kota Bharu mungkin sukar dilupakan oleh warga 14 Sungai Lempong....Apa tidaknya...ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu dan yang pasti bila tahun pulak la nak sampai pulak. Rombongan bertolak jam 4.00 pagi Khamis 17 Disember dan sampai kira-kira jam 11.00 pagi. Anak-anak dah mengeluh kerana hampir 5 jam di dalam kenderaan. Alhamdulillah...meskipun cuaca agak kurang baik tetapi lawatan tetap berjalan dengan baik. Rombongan menginap di kondo Pelangi Mall yang terletak berhampiran dengan masjid. Rombongan turut melawat masjid dan rumah Tok Guru YB Menteri Besar Kelantan. Rombongan pulang pada hari Jumaat petang dalam hujan yang teramat lebat dan Alhamdulillah selamat sampai ke 14 Sungai lempong pada jam 12.00 malam dengan tergelak besar kerana tiada di antara ahli rombongan yang membeli 'keropok lekor' yang menjadi mercu tanda pantai timur....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat ke Bandaraya Islam KB lagi...

Monday, December 7, 2009

MENYAMBUT MENANTU


6 Disember merupakan antara tarikh penting 14 Sungai Lempong. Walimatul'urus menyambut menantu baru 'Paksu En' dan 'Maksu Yah' bilamana Pakteh Faizal Aziz telah diijab kabulkan dengan Makteh Nurul. Sebagai tanda kesyukuran seekor lembu tumbang menjadi aqiqah beberapa warga 14 Sungai Lempong. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan izin Allah. Ramai tetamu, sanak saudara dan 'kulaan' yang hadir. Para tetamu mungkin sukar untuk melupakan juadah istimewa yang disediakan. Nasi putih, sup tulang, daging rebus, air asam, sambal belacan, ulam-ulaman, kerabu perut, masak lemak nanas dengan ikan masin, ikan masin goreng dan masak lemak labu...wahhh...banyaknya. Yang lebih penting majlis berjalan dengan baik...Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Pakteh dan Makteh.

CUCU MAK TOK

POTONG...POTONG

SEHARI DI BANDARAYA ISLAM

AROH SUNGAI LEMPONG