
Sambutan hari raya haji di 14 Sungai Lempong tetap meninggalkan nostalgia di hati setiap warganya. Namun begitu sedikit kekurangan tanpa kehadiran Angah sekeluarga dan MakJang yang terpaksa berhari raya di KL. Acara tahunan macam biasa bermula dengan majlis takbir raya dan bacaan yasin serta doa selamat di malam hari raya. Keluarga Alang juga ketika itu belum sampai. Mulanya dimaklumkan PakLang sekeluarga hanya berhari raya di Perlis namun tiba-tiba malam hari raya pertama muncul di 14 Sungai lempong...itulah kelebihan dan daya tarikan 14 Sungai Lempong. PakJang sampai pada pagi hari raya sendirian...Pada hari raya Pakteh dan isteri datang selepas solat hari raya. Tunang PakNdak turut sama memeriahkan hari raya di sini. Pada hari raya ke dua sempat sempat juga memanggang daging korban resepi MakLong...puhhh...berasapppp...kerang bakarpun ada. Pada hari Ahad masing-masing berkemas un tuk pulang...semoga jumpa lagi 6 November kenduri PakTeh...jangan lupaaaa....
No comments:
Post a Comment