RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
;

Thursday, June 2, 2011

GURU CEMERLANG PRASEKOLAH 2011

IPOH 31.05.2011
Pn.Sarifah bt. Ibrahim telah dipilih sebagai Guru Cemerlang Prasekolah Negeri Perak 2011 pada sambutan Hari Guru 2011. Anugerah disampaikan oleh Dato' Seri Zamry b. Abd.Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Tahniah diucapkan.

Monday, October 25, 2010

Wednesday, October 6, 2010

Bunga Bakawali


Majlis Tahnik Ahli Baru




Majlis Tahnik Muhammad Hazim diadakan pada 27 September lalu....Tok Wan menyuapkan air zam-zam dan kurma untuk cucu ke 14....


MakTok pulak sambut harijadi dan ulangtahun perkahwinan ke 41....Semoga panjang umur...

Sunday, September 26, 2010

Sunday, September 12, 2010

Tragedi Aidilfitri 2010




Pulang dari kampung beraya rumah kena tebuk dek penyamun tarbus.
Kena pasang CCTV la pulak....

Nostalgia Aidilfitri 1431/2010

Tuesday, August 24, 2010

Sunday, August 22, 2010

Sunday, June 27, 2010

HANTAQ MAKSU KE UiTM



Lagi gambaq2 di fb Sungailempong Kubugajah....

Sunday, May 23, 2010

TAHNIAH PAKNDAK





KULIM 22 Mei 2010.
Pakndak Elyas selamat di ijab kabul dengan Makndak Zarifah pada 2.30 petang di Masjid Daerah Kulim. Tahniah diucapkan dan didoakan semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..Selamat pengantin baru. Jangan lupa balik semua kenduri 30.05.2010 di Kulim dan 06.06.2010 di rumah Tokwan Sungai Lempong...boleh cekak pinggang pasal kontrak..heh..heh..click for more photos..

Friday, May 7, 2010

ALHAMDULILLAH KAMI SELAMAT




Perodua Kancil EZ850 (A) milik Kak Long hampir ranap apabila dibaham oleh seorang pemandu yang mabuk berbangsa Tiong Hua. Ketika itu sedang menunaikan fardhu maghrib di Masjid Matang Gerdu. Namun begitu Alhamdulillah abang long dan M.Izzuddin selamat dalam peliharaan Allah.

Wednesday, April 28, 2010

CUCU MAK TOK

POTONG...POTONG

SEHARI DI BANDARAYA ISLAM

AROH SUNGAI LEMPONG