RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
;

Sunday, October 25, 2009

JANGAN ASYIK MAIN SAJA

Minggu ini cucu maktok kalut nak exam. Ayang nak periksa UPKK dan lain2 Nazran, Ana, Muhammad, Izzuddin dan Atin nak exam akhir tahun. Maksu pulak dok berdebaq2 nak SPM...apapun marilah kita sama2 doakan anak2 kita semua berjaya...jangan dok main saja budak2 oiii...

Tuesday, October 20, 2009

JOM CUBA...

MINYAK SAWIT UNTUK KERETA


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya."Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk....DICADANGKAN KERETA INNOVA CUBA DULU !!!

Sunday, October 18, 2009

PELIK TETAPI BENAR


Pelik tetapi benar...kedua-dua cucu Maktok dan Tokwan ini Fatin Afiqah Hanis dan Fatin Aisyah Hannani dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu hari ini 18.10.2009...Doakan mereka membesar di dalam pelaharaan ALLAH dan berjaya dunia akhirat...amin.

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Kami anak2-menantu2 dan cucu2 mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-60 kepada MAKTUK Zauwiyah...kami mendoakan agar MAKTUK dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan dapat menunaikan fardu haji tahun hadapan ...InsyaALLAH...

Thursday, September 24, 2009

TIPS KELUARGA BAHAGIA

Tidak sukar sebenarnya untuk mencipta bahagia. Jika orang lain boleh bahagia dengan cara mereka, kita juga punya cara untuk mencipta bahagia di dalam ‘syurga impian’ kita menurut kepada acuan kita sendiri. Tidak sukar sebenarnya! Berubahlah sedikit demi sedikit. Paling utama selalulah berdoa kepada Allah untuk pasangan dan anak-anak. Mohonlah untuk kekalkan keharmonian dalam kehidupan berumahtangga. Bukankah Allah berfirman, antara lain maksudnya : “ Mohonlah kepada Aku nescaya Aku akan kabulkan.
Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
- Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
- Penghayatan agama yang berterusan.
- Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
- Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
- Komunikasi yang cemerlang.
- Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
- Suasana rumahtangga yang selesa.
Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
- Berkongsi melakukan tugasan di rumah
- Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
- Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
- Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
- Makan malam bersama.
- Beribadah secara berjemaah.
- Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Berjuang

Selamat berjuang kepada 2 serikandi 14 Sungai Lempong yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Kami sekeluarga mendoakan semuga Nabilah dan Fatin Maksu akan tenang ketika menghadapi peperiksaan dan dimudahkan oleh ALLAH serta memperolehi kejayaan yang cemerlang...Jangan persia-siakan harapan keluarga...

SELAMAT BERTUNANG

Pada hari raya ke-2...Pakndak ( Elyas ) telah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis dari Kampung Batu Puteh,Kulim. Seorang gadis manis yang bernama Zalifah telah menjadi pilihan hati Pakndak. Belanja tangganya ialah RM8052. Waduh...jenoh nak kumpui tu...Kami sekeluarga mendoakan agar Pakndak murah rezeki dan cepat2 kahwin...SELAMAT BERTUNANG.

Mangsa Mercun Bola

SUNGAI LEMPONG - 2 Syawal. Seorang jejaka yang tampan telah menjadi mangsa mercun bola yang pertama di sini. Difahamkan jejaka tersebut baharu pulang dari Kuala Lumpur untuk berhari raya. Ketika memerhatikan buah langsat yang baru berputik, tiba-tiba mercun bola yang dibakar oleh adiknya meletup. Mujurlahlah tak kena mata...kalu keno mato butolah jawabnya...riuh rendahlah seisi keluarga dengan raungan dan leteran...keh..keh..Namun doakan semoga bahagia sokmo-sokmo...

Aidilfitri 2009

Kemeriahan Aidilfitri kembali di 14 Sungai Lempong. Alhamdulillah semua anak-anak cucu-cucu kembali berhari raya di kampung. Kecuali Angah Bibah dan Zainuddin serta anak Ishamuddin yang berhari raya di Sarawak. Wahhh...seronoknya naik kapal terbang.... Yang pulang Abang Long seisi keluarga, Alang seisi keluarga, Pakjang dan Makjang dan Pakndak Seronok sungguhhhh...semoga dipanjangkan usia ke Aidilfitri tahun hadapan pulak...InsyaAllah.

CUCU MAK TOK

POTONG...POTONG

SEHARI DI BANDARAYA ISLAM

AROH SUNGAI LEMPONG